Review and accept before proceeding.
Syarat Penggunaan Sijil Pengesahan Halal Malaysia & Logo Halal
- Sijil Pengesahan Halal dan logo Halal tidak boleh diniaga, ditukar milik atau dipinda isi
kandungannya.
- Penggunaan Sijil Pengesahan Halal ini masih tertakluk kepada semua undang-undang atau peraturan
yang berkaitan yang diamalkan di negara ini.
- Sebarang perubahan ke atas nama syarikat, kilang/premis dan alamatnya, jenama barang, bahan
ramuan dan pembekal-pembekalnya serta apa jua yang berkaitan dengannya, hendaklah diberitahu
kepada Ketua Pengarah, Jakim secara bertulis untuk makluman dan tindakan selanjutnya.
- Pemegang sijil adalah bertanggungjawab ke atas apa-apa penyalahgunaan atau penyelewengan sijil
tersebut, tertakluk kepada undang-undang yang berkuatkuasa. Jika berlaku kehilangan atau
kerosakan ke atas sijil berkenaan hendaklah diberitahu secara bertulis dengan segera kepada
Ketua Pengarah Jakim.
- Sijil Pengesahan Halal berkenaan boleh ditarik balik atau ditamatkan tempoh sahnya pada
bila-bila masa apabila didapati ianya menyalahi "Manual Prosedur Pensijilan Halal
Malaysia" atau terdapat perkara/cara pengendalian meragukan dari segi syarak.
- Semua pemilik Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah dibenarkan menggunakan logo halal pada
barangan atau premis berkenaan.
- Sijil Pengesahan Halal yang asal perlulah dipamerkan.